Teknik cari kerja "all out" = 100% dapat kerja
Bagi memastikan teknik ini 100% berjaya anda haruslah memiliki beberapa kriteria seperti berikut:-
- Mempunyai matlamat kerjaya yang jelas.
- Bersedia untuk berkerja di mana-mana lokasi jawatan yang hendak dipohon.
- Bersedia untuk memulakan kerjaya pertama anda dengan gaji serendah RM1,500.
- Bersedia untuk memberikan komitmen sekurang-kurangnya 1 tahun untuk pengalaman kerja anda.
- Mempunyai resume,cv yang jelas dan tepat.
Jika anda sudah mempunyai kriteria diatas anda boleh mulakan langkah teknik cari kerja "all out" yang akan kita terangkan dibawah:-
- Daftar diri anda dilaman-laman sesawang mencari kerja LinkedIn, Jobstreet , Maukerja , SPA (Jawatan Kerajaan) dan lain-lain lagi.
- Selepas anda membuat pendaftaran bagi laman-laman sesawang diatas (kecuali SPA) sila pastikan anda membuat permohonan setiap hari sekurang-kurangnya 6 jawatan selama lebih kurang 6 bulan.
- Jika anda diterima untuk di interview sila pastikan anda bersedia.
- Jika anda diterima untuk berkerja pastikan anda berkerja dengan baik,bina networking dalam syarikat dan pastikan anda tidak berhenti kerja kurang daripada 1 tahun ianya adalah untuk memastikan pengalaman anda berkerja dinilai oleh majikan seterusnya.
Kami harap dengan mengamalkan teknik ni anda dapat mendapat kerja yang diinginkan dan berjaya didalam hidup anda.